Khamis, 28 Julai 2011

My Novel Beribu Sesalan(part 1,page 1)

"Nampaknya hujan masih tak berhenti,huh…macam mana nak balik ni…?"Wahida mengeluh
sendirian.Dia masih setia menanti di pondok jaga sekolahnya,menunggu hujan lebat yang semakin 
mencurah-curah yang seakan-akan menghalangnya untuk pulang ke rumah.Mahu tak mahu,dia 
terpaksa jua pulang ke rumah walau dengan cara bagaimana pun,meski pun cuaca tidak 
mengizinkan."Kalau lah Farouq ada kan best,boleh jalan sekali dengan dia…hehe…"Wahida 
berangan sendirian.Hujan yang semakin lebat memaksa Wahida menghentikan perjalanannya
buat seketika.Wahida berlari-lari anak ke sebuah rumah kosong yang berhampiran dengan 
sekolahnya,nyatanya tindakkannya memakan diri kerana tidak menyedari bahawa seseorang 
mengekorinya.Harith,seorang remaja yang berumur 15 tahun yang juga sebaya dengan Wahida
sering mengganggu dirinya di sekolah tanpa disedari sudah berdiri di belakangnya."Alahai… 
sorang-sorang je ke cik adik oii…?".Wahida terkejut besar,dan terus memalingkan wajahnya
kebelakang."Harith…apa kau buat kat sini?...kau ikut aku ye?"gadis yang menjadi pujaan hati 
Harith itu mula bersuara."Alah…sayang marah ke,salah ke Wawa…?"Harith melemparkan
kata-kata manis kepada Wahida yang lebih mesra dikenali sebagai Wawa."Kau jangan melampau 
sangat…,kalau tak aku…"belum sempat Wahida menghabiskan kata-katanya Harith terlebih dahulu
memotong percakapannya."Kau apa…kau fikir bapak kau boleh selamatkan kau sekarang ni…!
heyy kau tak kenal lagi siapa Mohammad Harith…,tindakkan kau bagi surat tu kat cikgu memang
cerdik…aku bagi kat kau suruh kau baca bukan untuk Penolong Kanan baca…!Tu lah dulu aku 
cakap elok-elok minta 'Couple' dengan kau,kau taknak…tengok siapa susah sekarang,kau juga…"
Kata Harith sambil tangannya pantas menarik tudung sekolah yang dipakai Wahida dan terus 
menyeret Wahida ketingkat atas di rumah kosong yang berhampiran dengan sekolah mereka.

Wahida menangis sambil menjerit meminta tolong,namun apakan daya jeritannya
tenggelam dalam kelebatan hujan yang tidak kenal erti berhenti.Hujan yang semakin mencurah-
curah ke tanah ibarat rahmat tuhan kepada penduduk bumi…namun waktu yang penuh kesyukuran
ini,Wahida mengalami titik hitam dalam hidupnya apabila diperkosa tanpa belas kasihan oleh 
seorang lelaki yang berhati binatang.Harith meninggalkan Wahida yang masih menangis dan sedang
terkapai-kapai mencari bajunya.Dia sungguh puas merosakkan diri seorang gadis yang soleha
yang talah menolak cintanya selama ini.Wahida sungguh tidak menyangka perkara ini akan
terjadi pada dirinya hanya dalam sekelip mata,dia berjalan secara perlahan-lahan kerana sakit
dibawah perutnya masih terasa dan dia terus membetulkan pakaian seragam sekolah,agar tidak
dicurigai oleh orang tua nya.Puan Airina,ibu kepada Wahida Amalin,berasa tidak sedap hati 
kerana anak tunggalnya masih tidak pulang ke rumah padahal jam sudah menunjukkan pukul
3 petang,jarang sekali anak kesayangannya masih tidak pulang waktu sebegini.Paling lewat pun
jam 2 petang sudah ada dirumah.Walaupun Wahida pulang dengan berjalan kaki namun sekolah
anaknya sangat dekat dengan rumahnya.Sejenak sedang memikirkan tentang anaknya,pintu
rumahnya diketuk dan dikuak perlahan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan